Khamis, Februari 02, 2012

Transisi 2012



Plastisin buatan sendiri dari tepung.





Aktiviti yang menggunakan plastisin. Membina nombor.
Waktu Dunia Seni Visual.





Hasil kerja berkumpulan murid-murid 1 Wira. Gabungjalin Dunia Seni Visual dan Matematik



Antara peneraju tahun 1.
Chicken dance.
Plan B punya aktiviti selepas hujan turun.  Sukaneka dibatalkan.

Rabu, Oktober 05, 2011

Tajuk Pilihan

Tajuk: 13. Ruang

Bidang: Sukatan dan Geometri
Standard kandungan : 13.2 Mengenal pasti bentuk  
                     dua dimensi
Standard Pembelajaran : i)Menamakan bentuk  
                          segiempat sama,  
                          segiempat tepat,  
                          segitiga dan bulatan.


Murid diperkenalkan dengan bentuk yang terdapat disekeliling mereka.
Segiempat sama

Segiempat tepat
Segitiga
Bulatan




                    
Sebagai pengenalan guru boleh menayangkan video ini kepada murid;




Salah satu aktiviti yang saya jalankan pada kelas linus tegar yang digabungjalinkan sekali dengan Dunia Seni Visual.
Murid 1 Saga dibimbing satu persatu langkah penyediaannya.




Semua bahan dibekalkan walaupun telah dipesan pada hari sebelumnya supaya membawa kertas warna, gam dan gunting.
Susunan meja dan kerusi begini kerana Peperiksaan Akhir Tahun akan berlangsung pada minggu berikutnya.
Mampu melaksanakan sesuatu tugasan itu jika dibimbing satu persatu. Menarik dan menyeronokkan.
Murid-murid linus ini memiliki kemahiran yang baik dan mampu untuk fokus pada aktiviti yang menarik seperti ini. 


Seorang sahaja yang membawa kertas warnanya sendiri.











                      
               ii)Memperihalkan garis 
                         lurus, sisi, bucu dan  
                         lengkung bagi bentuk 
                         2D.
                     iii)Menyusun bentuk 2D  
                         mengikut pola.
video
Salah satu mikro pengajaran yang saya jalankan untuk topik ini.  Sila beri pendapat anda untuk rakaman ini.


                      iv)Menghasilkan corak 
                         berasaskan bentuk 2D.
Makro Pengajaran yang saya jalankan untuk topik ini.  Di sini murid tahun 1 Perdana diasah sikap kerjasama dalam kumpulan.

Selasa, Oktober 04, 2011

Dokumen Standard Kurikulum (KSSR) atau Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


Dokumen Standard Kurikulum Matematik tahun 1
Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.


Ianya merupakan penentu penanda aras bagi tahun tersebut dan merupakan kolaborasi formal dan professional antara guru dan juga clientnya iaitu murid-murid. Rancangan yang disediakan mestilah menepati beberapa kriteria dan peraturan yang termaktub dan ditetapkan.



Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan.

  1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa.
  2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.
  3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang).
  4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan.
  5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.
  6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
  • Tajuk/bidang pembelajaran
  • Objektif/kemahiran
  • Hasil pembelajaran yang dihasratkan
  • Bilangan minggu
  • Catatan

Ahad, Oktober 02, 2011

KSSR?

Perguruan Profesion Pilihanku

SALAM 1 MALAYSIA

Setelah tamat pengajian di peringkat Diploma Perguruan opsyen Matematik di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Terengganu selama 3 tahun, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar di SK Taman Seri Gombak 2 pada 2 Januari 2004 sehingga kini.


Tahun 2011 memberikan saya cabaran yang lebih getir, saya telah diberikan peluang untuk menyandang jawatan Penyelaras Aliran Tahun 1. Tahun 2011 juga merupakan tahun pengenalan KSSR, singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menggantikan KBSR ataupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.


Matematik adalah minat saya sejak kecil lagi, menjadi seorang guru dan menyebarkan ilmu ini kepada generasi akan datang merupakan satu penghormatan buat diri saya. Dalam KSSR, subjek Matematik juga akan mengalami transformasi, baik dari segi instrumen, implementasi dan metodologi.


Wujudnya blog ini saya berharap segala maklumat, informasi dan idea-idea akan sama-sama kita kongsikan bagi menjamin segala usaha murni Kementerian dan juga dasar Kerajaan berkaitan dengan Matematik dalam KSSR akan berjaya seperti yang kita semua harapkan.