Selasa, Oktober 04, 2011

Dokumen Standard Kurikulum (KSSR) atau Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


Dokumen Standard Kurikulum Matematik tahun 1
Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.


Ianya merupakan penentu penanda aras bagi tahun tersebut dan merupakan kolaborasi formal dan professional antara guru dan juga clientnya iaitu murid-murid. Rancangan yang disediakan mestilah menepati beberapa kriteria dan peraturan yang termaktub dan ditetapkan.



Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan.

  1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa.
  2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.
  3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang).
  4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan.
  5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.
  6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
  • Tajuk/bidang pembelajaran
  • Objektif/kemahiran
  • Hasil pembelajaran yang dihasratkan
  • Bilangan minggu
  • Catatan

0 ulasan:

Catat Ulasan