Ahad, Oktober 02, 2011

KSSR?

Perguruan Profesion Pilihanku

SALAM 1 MALAYSIA

Setelah tamat pengajian di peringkat Diploma Perguruan opsyen Matematik di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Terengganu selama 3 tahun, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar di SK Taman Seri Gombak 2 pada 2 Januari 2004 sehingga kini.


Tahun 2011 memberikan saya cabaran yang lebih getir, saya telah diberikan peluang untuk menyandang jawatan Penyelaras Aliran Tahun 1. Tahun 2011 juga merupakan tahun pengenalan KSSR, singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menggantikan KBSR ataupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.


Matematik adalah minat saya sejak kecil lagi, menjadi seorang guru dan menyebarkan ilmu ini kepada generasi akan datang merupakan satu penghormatan buat diri saya. Dalam KSSR, subjek Matematik juga akan mengalami transformasi, baik dari segi instrumen, implementasi dan metodologi.


Wujudnya blog ini saya berharap segala maklumat, informasi dan idea-idea akan sama-sama kita kongsikan bagi menjamin segala usaha murni Kementerian dan juga dasar Kerajaan berkaitan dengan Matematik dalam KSSR akan berjaya seperti yang kita semua harapkan.